Pesara Guru Maut Ditikam Anak Sendiri

MELAKA, 5 Jul – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai ditikam pada leher oleh anak lelakinya dalam kejadian di kediaman mereka di Paya Luboh, di sini, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang tadi dan mangsa ditemukan dalam bilik tidur rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah.
Difahamkan, mayat pesara guru itu ditemui anak perempuannya yang kemudian menjerit meminta tolong.

Berdasarkan maklumat suspek berusia 40-an dipercayai menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan mangsa sebelum ditahan orang kampung.
Ketika ini pasukan forensik polis masih di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
