Perwakilan Baharu Digesa Perkukuh Hubungan, Tarik Pelaburan Berkualiti – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat tujuh Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan wakil diplomatik Malaysia di luar negara supaya terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara tuan rumah di mana mereka ditempatkan.

Perdana Menteri berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada usaha memacu aktiviti perdagangan dua hala serta menarik pelaburan asing berkualiti tinggi demi menjamin kemakmuran ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat tujuh Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Amanat itu disampaikan Perdana Menteri semasa menerima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu di pejabatnya pada 9 September, susulan penerimaan watikah pelantikan mereka daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 4 September lalu.

“Moga mereka menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat tujuh Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah; Duta Besar ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi ke Afrika Selatan, Datuk Yubazlan Yusof.

Turut hadir, Duta Besar ke Brazil, Datuk Mohammad Ali Selamat; Duta Besar ke Jerman, Mohamad Razdan Jamil; Duta Besar ke Sepanyol, Haznah Md Hashim dan Duta Besar ke Poland, Datuk Azri Mat Yacob.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat tujuh Perwakilan Diplomatik Malaysia di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kesemua mereka akan memulakan tugas tidak lama lagi menggantikan perwakilan Malaysia di negara masing-masing.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *