Permohonan RM8 Bilion Isu Air Kelantan Ditolak, Perlu Teliti Keperluan – PM Anwar

Anwar (tiga dari kini) menyerahkan replika kunci rumah kepada penjawat awam di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA, 1 Jun – Permohonan awal kerajaan Kelantan untuk RM8 bilion bagi menyelesaikan isu air di negeri itu ditolak kerana kerajaan perlu meneliti secara tepat keperluannya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.

“Saya tidak setuju kerana saya minta dibincangkan dalam pasukan (petugas) khas untuk meneliti secara tepat, apa keperluannya, dan ada syarat, umpamanya pengurusan (serta) juga memenuhi beberapa pelaksanaan projek.

Anwar (tiga dari kini) menyerahkan replika kunci rumah kepada penjawat awam di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

“Bergantung pada laporan pasukan petugas (khas), saya fikir boleh diturunkan lagi (jumlahnya),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengadakan mesyuarat khas pagi tadi bersama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan setiausaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu air di kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata, tindakan segera seperti peruntukan dana dibincangkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang tidak sampai dan tidak bersih.

“Apa yang penting, tanggungjawab kita adalah pastikan rakyat perolehi kemudahan air bersih sesegera mungkin,” katanya.

Anwar juga mengakui masalah air di Kelantan dilihat lebih serius, yang memerlukan dana kewangan yang besar, berbanding negeri lain.

Bulan lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa peruntukan tidak cukup punca utama Kelantan berdepan masalah bekalan air bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *