Perluas Fungsi NSRC Tangani 4.7 Bilion Penipuan Dalam Talian – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara hari ini bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk memperluas skop fungsi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) agar merangkumi semua bentuk jenayah siber termasuk menubuhkan rangkaian respons 24 jam yang digerakkan secara menyeluruh merentasi pelbagai agensi.

Perdana Menteri mendedahkan, hampir 4.7 bilion cubaan penipuan dalam talian direkodkan sejak 2022 sekali gus ia menunjukkan trend yang membimbangkan dan menuntut tindakan tegas serta bersepadu.

Keputusan tersebut dicapai semasa Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) bagi meneliti langkah segera memperkukuh peranan NSRC.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara hari ini bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Pengukuhan NSRC juga akan dilaksanakan menerusi gabungan kepakaran tempatan, penyelarasan rentas agensi dan pertambahan sumber manusia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyegerakan pelaksanaan struktur baharu NSRC, termasuk memperjelas peranannya agar mudah difahami dan diakses oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara hari ini bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pendekatan ‘no wrong door’ turut diguna pakai bagi memudahkan proses aduan dan bantuan.

“Saya menggesa semua agensi untuk bertindak lebih proaktif dan berpandangan jauh dalam memberikan perlindungan menyeluruh kepada rakyat.

“Pada masa sama, kesiapsiagaan benteng siber negara mesti terus dipertingkat baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa,” katanya.

Menurut statistik NSRC, jenayah penipuan dalam taliam meningkat ketara seiring dengan perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) sejak tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara hari ini bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *