Maal Hijrah 1447 Detik Permulaan Kehidupan Lebih Bermakna – PM Anwar

Poster ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Maal Hijrah 1447H/2025M yang disiarkan di Facebook pada 26 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, tahun baharu hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah MADANI yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.
“Hijrah bukan sekadar perpindahan tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” kata beliau.
https://www.facebook.com/share/p/1ExXaqcARz/?mibextid=wwXIfr
Perdana Menteri turut mengajak umat Islam menghayati ayat 218 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah, dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) esok.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu yang bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
