Perkongsian Detik ‘Bertegur Sapa’ PM Anwar Dengan Pemimpin Korea Utara Cetus Minat Warganet

bersalam dan bertegur sapa dengan ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen, Beijing pada 3 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Sep – Kesempatan bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China, pagi tadi yang dikongsikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik minat warganet.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Sempat salam dan tegur sapa,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut Presiden China, Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Presiden Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing.

Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.

Hantaran mengenai pertemuan antara dua pemimpin itu turut menarik pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, yang rata-ratanya meninggalkan komen memuji keakraban Perdana Menteri dengan pemimpin dunia.

”Saya berasa sangat kagum dengan keupayaan Perdana Menteri Malaysia. Teruskan membawa nama Malaysia ke Mata dunia. Sangat bagus dengan potensi pelaburan yang besar,” kata Aziz Din.

Infidelity: “I speak on behalf of all Malaysian when I say Anwar is the best PM after Mahathir. During these difficult times, he is making tough yet necessary decisions for the greater good. Thank you so much Anwar for your strong and stable leadership!

PMX is one of the best leader in the present world, he can get along with all the super power leaders in the world (PMX adalah seorang daripada pemimpin terbaik di dunia pada masa ini, beliau mampu menjalin hubungan baik dengan semua pemimpin kuasa besar dunia),” menurut Shah Hussien.

Muhd Omar pula berkata: “Ini jarang sekali berlaku sebab North Korea (Korea Utara) masih dalam sekatan ekonomi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Berkawan dengan siapa pun boleh, yang penting tujuannya untuk keamanan dan kebaikan dunia. Wow hebatnya PMX,” katanya.

Malah ada juga yang menyindir pembangkang dalam ruangan komen antaranya Logistik Transport menyatakan “P.022 Pasir Mas – Ahmad Fadhli Shaari sedang memikirkan binatang apa yg harus digunakan utk kiasan gambar ini seperti tabiatnya yg ditunjuk dlm gambar PMX, PM kemboja dan PM thailand,” sindirnya..

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *