Perkampungan Penan Terbakar Di Baram

Keadaan api yang memusnahkan perkampungan masyarakat Penan di Apoh Baram malam tadi. Foto JBPM

MIRI, 7 Mac – Sebuah perkampungan masyarakat Penan, di Kampung Kerangan, Apoh Baram dilaporkan terbakar semalam.

Ketua Bahagian Forensik Kebakaran Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ia hanya melibatkan kemusnahan harta benda di lokasi kejadian.

“Semasa kejadian tersebut berlaku, ia belum dapat dipastikan berikutan tiada maklumat diperolehi.

“Hari ini, Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bergerak sekali dengan pasukan penyiasatan dari Zon 6 Miri ke lokasi kejadian pada pukul 7.30 pagi tadi,” katanya.

Unit k9 Forensik dari Kuching turut digerakkan ke lokasi pada hari ini bagi membantu siasatan.

Keadaan api yang memusnahkan perkampungan masyarakat Penan di Apoh Baram malam tadi. Foto JBPM

Bagaimanapun kampung berkenaan tidak mempunyai liputan telekomunikasi manakala jarak dari balai bomba ke lokasi kejadian mengambil masa lebih kurang lima hingga enam jam iaitu kira-kira 100 kilometer perjalanan menggunakan darat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *