Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pacuan Empat Roda

Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kemalangan maut di kawasan pusingan-U. Foto PDRM

PENAMPANG, 2 AprSeorang penunggang maut selepas motosikal dinaiki merempuh pacuan empat roda di Jalan Papar- Kota Kinabalu berhampiran pusingan U Bukit Vor Putatan di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, mangsa lelaki warga tempatan berumur 24 tahun itu disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi dalam kejadian jam 6.57 petang 1 April lalu.

“Hasil siasatan mendapati, kenderaan pacuan empat roda bergerak dari Kota Kinabalu dan membuat pusingan U menuju ke Teluk Villa, Putatan.

“Kenderaan terbabit kemudian dilanggar motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah Jalan Putatan ke Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian susulan kemalangan maut di kawasan pusingan-U. Foto PDRM

Beliau berkata, impak pelanggaran terbabit menyebabkan penunggang motosikal tercampak bersama motosikalnya di bahu jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Pembonceng motosikal wanita warga tempatan berumur 22 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan dibawa ke hospital saman untuk rawatan lanjut.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis juga meminta saksi kejadian untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan sebarang imej atau klip video tempat kejadian diminta untuk tidak ditularkan di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *