Pengukuhan Hubungan Malaysia-Jepun Berdasarkan Nilai, Kepercayaan, Pelaburan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang berlangsung di Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun – Pengukuhan hubungan lama antara Malaysia dan Jepun bukan sekadar melalui agenda diplomatik, kerjasama pelaburan dan teknologi, tetapi juga menerusi perkongsian nilai, penghargaan budaya dan kepercayaan yang semakin mendalam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan khas Perdana Menteri sempena pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 di sini pada Khamis, Anwar berkata hubungan itu mencerminkan kekuatan Malaysia-Jepun yang kekal sebagai rakan kongsi penting dalam lanskap ekonomi dan pendidikan Malaysia merangkumi hubungan dua hala semakin mendalam di bawah kepimpinan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang berlangsung di Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Hubungan kami dengan Jepun kini tidak lagi terbatas kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya sambil mengimbas kembali pertemuan beliau dengan pemimpin Jepun termasuk Perdana Menteri Shigeru Ishiba, yang menyenaraikan Johor dan inisiatif Hidrogen Hijau Sarawak sebagai antara tumpuan pelaburan masa depan Jepun.

Mengimbau kembali pengalamannya semasa mengadakan lawatan ke Jepun baru-baru ini, termasuk menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan menyorot sumbangan intelektual sarjana Jepun Toshihiko Izutsu yang banyak mengkaji falsafah Islam dan kerohanian perbandingan, Anwar melihat ia merupakan nilai pengukuhan persahabatan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang berlangsung di Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Penghargaan budaya dan intelektual yang lebih mendalam ini akan mengukuhkan persahabatan kita untuk generasi akan datang. Dalam dunia yang sering dipacu oleh kuasa dan ketamakan, kita perlu menghidupkan semula semangat etika, keadilan dan kemanusiaan dalam diplomasi dan perdagangan,” katanya.

Beliau turut menekankan komitmen berterusan kedua-dua negara terhadap kerjasama berasaskan kepercayaan dalam bidang seperti tenaga hijau, kecerdasan buatan, pendidikan dan pembangunan industri, dengan Johor memainkan peranan yang semakin penting dalam penglibatan Malaysia di peringkat global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang berlangsung di Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia menghargai konsistensi Jepun sebagai rakan pembangunan dan memuji kesediaan kerajaan Jepun untuk terus melibatkan diri secara multilateral dengan ASEAN, terutamanya di tengah-tengah ketegangan perdagangan global seperti pengenaan tarif secara unilateral.

“Hubungan Malaysia-Jepun dibina atas dasar saling menghormati dan matlamat bersama. Inilah asas yang menjadikan hubungan ini berdaya tahan, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga secara moral dan diplomatik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang berlangsung di Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Anwar menghargai kerjasama erat Kuala Lumpur-Tokyo sebagai rakan strategik komprehensif ditambah pula Malaysia kini mempengerusikan ASEAN 2025 yang menekankan pentingnya keterangkuman dan kemampanan dalam pelbagai bidang bagi manfaat bersama.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *