Penghulu Maut Kemalangan Tertimbus Dalam Timbunan Tar Jalan

Lokasi kemalangan membabitkan penghulu iaitu penunggang motosikal yang tertimbus dalam timbunan tar. (Foto kecil) Hanapiah. Foto JBPM dan Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.
KAMPAR, 5 Jun – Seorang penunggang motosikal maut selepas tertimbus di bawah timbunan tar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tualang, di sini, malam ini.
Difahamkan, mangsa kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 malam.
Katanya, setibanya di lokasi lori membawa muatan tar terbalik hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.

“Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Menurut beliau, operasi menyelamat ditamatkan jam 8.55 malam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

