Pengguna Bank Terkejut Tiba-Tiba Ada RM404 Juta Dalam Akaun

Tangkap layar hantaran wanita tersebut di LinkedIn.

KUALA LUMPUR, 1 DisSeorang pembekal latihan dari Malaysia HR Forum, Hafidzah Abdullah terkejut apabila mendapati akaun banknya mempunyai baki wang lebih daripada RM404 juta.

Jelas wanita tersebut, walaupun mempunyai baki wang yang banyak, tetapi kesilapan yang berlaku dari masalah teknikal Maybank itu membuatkan hidupnya ibarat ditimpa bala.

Pengguna Maybank itu Hafidzah Abdullah menjelaskan kesilapan tersebut menyebabkan akaun banknya disekat dan usaha mendapatkan kembali akaunnya begitu sukar.

“Tiga hari semasa kesilapan teknikal tersebut kemudian berlaku ketika tempoh pembayaran gaji, seperti comedy of errors (komedi kelam kabut) yang tidak ada orang rasa kelakar.

“Bank buat tindakan untuk menyekat akaun saya tanpa sebarang notis. Untuk buka akaun balik saya terpaksa ulang alik ke cawangan Maybank berdekatan dan menghubungi bahagian khidmat pelanggan. Ini bukan masalah saya,” kongsinya di Linkedin semalam.

Tangkap layar hantaran wanita tersebut di LinkedIn.

Dalam pada itu, tulisannya itu mendapat perhatian Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad, yang juga ketua pengurusan pengalaman pelanggan yang turut meninggalkan komen yang memintanya nombor telefon untuk dihubungi pasukan mereka.

Terdahulu, akhbar Singapura The Straits Times hari ini melaporkan bahawa Maybank memberitahu mereka bahawa isu itu telah selesai dan tiada sebarang data pelanggan dikompromi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *