Tiga Anak Bekas Wartawan Utusan Melayu Terima Sumbangan Daripada PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu semasa Ziarah MADANI di Seri Kembangan pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Atas keprihatinan tentang nasib mereka yang ditinggalkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan kepada tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar, yang meninggal dunia pada 15 Februari lepas akibat masalah kesihatan kronik.

Bantuan berkenaan disalurkan menerusi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi tiga kanak-kanak yatim piatu yang berusia 10 hingga 15 tahun itu di Seri Kembangan, Selangor.

Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook turut berkongsi beberapa keping foto ziarah MADANI seraya menitipkan kata-kata semangat tanda kasih dan simpati.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu semasa Ziarah MADANI di Seri Kembangan pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Saya meneruskan rutin Ziarah MADANI baru-baru ini dengan menziarahi tiga anak yatim piatu, yang merupakan anak kepada Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar, bekas wartawan Utusan Melayu yang telah kembali ke rahmatullah di Seri Kembangan, Selangor.

“Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan salam takziah dan sedikit sumbangan sebagai tanda kasih dan simpati,” kata Ahmad Farhan.

Dalam perkongsian itu, beliau berkata anak Allahyarham, Nur Iman Zahra, 15, Nur Iman Damia, 13 dan Muhammad Daniel Iman, 10, kini berada di bawah jagaan adik Allahyarham selepas mereka kehilangan kedua-dua ibu bapa.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu semasa Ziarah MADANI di Seri Kembangan pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Beliau turut mendoakan semoga kesemua anak Allahyarham terus diberikan kekuatan dan lindungan dalam menempuh perjalanan hidup yang panjang.

“Kita semua memikul tanggungjawab memastikan mereka tidak pernah merasa keseorangan,” katanya.

Kisah mereka pernah dipaparkan satu ketika dahulu apabila isteri Muhammad Basir yang juga bekas jurufoto Kumpulan Utusan, meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *