Pen Rumah Putih Trump Jadi Kenangan Buat Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pen yang digunakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Perbualan santai antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuntik sentuhan peribadi pada majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia yang berlangsung di sini pada Ahad.

Kedua-dua pemimpin dilihat berinteraksi dengan mesra, saling bertukar senyuman sekali gus mempamerkan keakraban mereka sepanjang majlis tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sejurus sebelum menurunkan tandatangan, Anwar didengar berseloroh, “Saya rasa saya akan dapat pen ini,” yang mengundang senyuman dan gelak kecil para hadirin.

Ketika menandatangani dokumen perjanjian itu, Trump sempat mengerling ke arah tandatangan Anwar sambil berkata: “Tandatangan yang unik.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sambil tersenyum Anwar membalas: “Tidak seunik tandatangan anda”.

Trump kemudian menyambung: “Betul, tandatangan beliau begitu unik. Tunggu sebentar, nanti saya tunjukkan”, menyebabkan hadirin menunggu dengan penuh tanda tanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika Trump mengambil masa untuk menyiapkan tandatangan beliau yang agak panjang, Anwar mengangkat pennya dan menunjukkan kepada para hadirin sambil bercanda: “Ini pen Rumah Putih,” yang mencuit hati dan sekali lagi mengundang ketawa kecil serta senyuman.

Selepas menurunkan tandatangannya, Trump menyerahkan pen beliau kepada Anwar sebelum menunjukkan tandatangan Perdana Menteri yang terdapat pada dokumen tersebut kepada mereka yang hadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sangat berbeza… amat unik… begitu artistik,” katanya yang mengundang tepukan spontan para hadirin.

Sebagai tanda persahabatan, Trump kemudian menyerahkan pen itu kepada Anwar, yang dilihat memasukkannya dengan penuh hati-hati ke dalam poket kot beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Momen itu melambangkan persahabatan yang akrab dan mesra kedua-dua pemimpin di tengah-tengah majlis rasmi pemeteraian perjanjian bersejarah hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *