Pemimpin Asing Kagum Kejayaan Program SARA – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah di Kompleks Majlis Daerah Baling pada 6 September 2025. Foto KKDW

BALING, 6 Sep – Pemimpin luar memuji langkah kerajaan menyalurkan bantuan menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak tertentu yang mencemuh pemberian itu kerana inisiatif itu sebenarnya memerlukan komitmen tinggi kerajaan dari segi kewangan untuk membantu rakyat.

Perdana Menteri mendedahkan, pemberian oleh kerajaan tersebut juga dikagumi pemimpin luar termasuk ASEAN yang mengakui sukar untuk melakukan perkara sama di negara mereka setakat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah di Kompleks Majlis Daerah Baling pada 6 September 2025. Foto PACU

“Daripada segi bantuan langsung iaitu SARA, memanglah ada orang yang mencemuh bantuan RM100 tetapi apa yang dilupakan, SARA itu tambahan daripada program SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana kita beri RM15 bilion.

“Bila saya bincang dengan kawan-kawan saya di luar negara terutama pemimpin ASEAN, mereka jawab tak mampu buat perkara sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh baru-baru ini mengumumkan bantuan kepada rakyatnya sekitar RM50 seorang dan pemimpin terbabit bertanya tentang bagaimana kerajaan Malaysia melaksanakan sumbangan dalam skala dan jumlah yang lebih besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah di Kompleks Majlis Daerah Baling pada 6 September 2025. Foto PACU

“Pemberian sumbangan ini kerana saya tahu harga barang masih tidak terkawal, walau bagaimanapun tindakan telah dilakukan untuk memecahkan kartel membabitkan barangan seperti ayam, telur dan juga kegiatan penyeludupan.

“Kita melawan sistem yang sudah rosak sekian lama, jadi perlukan tekad politik yang tegas serta kekuatan politik dan pengurus yang cukup berani bertindak,” tambahnya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku kementerian peneraju PMR 2025 Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah di Kompleks Majlis Daerah Baling pada 6 September 2025. Foto PACU

Pada masa sama, Anwar memberi jaminan kerajaan akan terus bersemangat untuk menjaga kebajikan rakyat miskin dan usaha itu akan dikekalkan selaras komitmen kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Harapan saya, rakan-rakan faham. Jangan rasuah, jangan curi harta rakyat. Kita kena jaga supaya jamin kehidupan rakyat lebih baik. Negara mesti aman, ekonomi pula mesti kukuh,” tambahnya.

Kementerian Kewangan memaklumkan seramai 8.3 juta penerima telah menebus bantuan SARA melibatkan jumlah RM536.9 juta yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *