Pemecatan Hamzah, Jika Benar, Tidak Mengejutkan

Ura-ura pemecatan Hamzah daripada Bersatu mula timbul kembali ekoran Muhyiddin sudah ‘hilang sabar’ dengan timbalannya itu.

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Tindakan tegas termasuk dipecat daripada Bersatu dijangka bakal dikenakan terhadap Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul pemecatan Hamzah disuarakan ramai pemimpin parti yang menghadiri sesi dialog bersama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang difahamkan antara beberapa cadangan yang diutarakan menjelang perjumpaan malam ini.

Malah jika benar Hamzah dipecat, ia tidak mengejutkan kerana di mata pemimpin Bersatu, beliau sudah dilihat tidak bersama-sama Muhyiddin selaku presiden mempertahankan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang cuba diambil Pas.

Hamzah mendakwa Muhyiddin akan menyerahkan tampuk parti kepadanya namun tidak memberitahu bila masanya. Foto Yusof Mat Isa

Sumber dalam kalangan kepimpinan Bersatu memaklumkan kepada BH, ramai pemimpin parti itu bersetuju Hamzah dikenakan tindakan pecat.

“Ramai yang setuju Datuk Seri Hamzah diambil tindakan, ramai yang setuju beliau dipecat… tunggu sedikit (masa) lagi, sudah mula ada desakan dari bawah,” kata sumber berkenaan.

Sumber berasingan yang hadir sesi dialog bersama Muhyiddin kelmarin, memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang sabar dengan ‘kekacauan’ yang didakwa didalangi Hamzah.

Apakah hubungan antara Muhyiddin dan Hamzah semakin renggang susulan isu ‘surat layang’ dan pelbagai spekulasi timbul dalam cubaan menjatuhkan Muhyiddin?

“Melalui sesi semalam (kelmarin), jelas kelihatan Tan Sri Muhyiddin sudah hilang sabar dan berang dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Hamzah, termasuk berdiam diri ketika serangan bertubi-tubi dibuat ke atas presiden parti.

“Tan Sri Muhyiddin tanpa berselindung menyatakan mana-mana pemimpin yang membuat kacau akan diambil tindakan,” katanya menambah Ahli Parlimen Pagoh itu juga mahu BERSATU dibina semula dengan semangat bersatu padu tanpa cubaan sabotaj daripada mana-mana pemimpin parti.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker, mendakwa ahli akar umbi berang dengan sikap Hamzah yang dilihat tidak menjalankan tugas timbalan presiden dengan mempertahankan Muhyiddin.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *