Lawatan Rasmi PM Modi Ke Malaysia ‘Bukan Biasa-Biasa’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Februari 2026.

PENDAPAT, 8 Feb – Lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia bukan ‘biasa-biasa’ bagi mereka yang benar-benar mengamati setiap perjalanan pemimpin tertinggi India itu sebelum ini.

Kehadiran ketua kerajaan yang berasal dari Gujerat itu rupanya bukan sekadar memperkukuh hubungan diplomatik dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, malah membawa dimensi baharu dari sudut keterlihatan dan profil Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Februari 2026.

Setiap pergerakan beliau disertai bersama rombongan besar, daripada para pegawai kerajaan, pasukan keselamatan termasuk pengamal media terkemuka dari India, secara tidak langsung meletakkan Malaysia dalam tumpuan dunia.

Daripada agensi rasmi media kerajaan hinggalah portal tempatan berpangkalan sama ada di New Delhi, Karnataka, Mumbai mahupun Chennai, liputan terhadap Modi amat luar biasa hingga hampir setiap jam paparan berita Perdana Menteri mereka disiarkan di stesen televisyen mahupun di media sosial sejak tiba jam 4.40 petang semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Februari 2026. Foto PMO

Hubungan Malaysia–India sememangnya telah lama terjalin kukuh merangkumi kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Lawatan ini mengukuhkan lagi komitmen bersama untuk memperluas kerjasama strategik, khususnya dalam sektor teknologi, ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri halal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Februari 2026. Foto PMO

Ia mencerminkan keyakinan India terhadap kestabilan politik dan dasar mesra pelabur yang diamalkan Malaysia termasuklah perdagangan dua hala yang dipersetujui antara lain menggunakan matawang masing-masing bagi memudahkan transaksi.

Apa yang lebih signifikan, liputan meluas oleh pengamal media India memberi pendedahan besar kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, aman dan dinamik di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 Februari 2026. Foto PMO

Laporan, siaran langsung serta perkongsian di platform digital oleh media antarabangsa itu membantu mempromosikan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan rakan strategik yang diyakini.

Dalam era persaingan global yang sengit, publisiti positif sebegini amat bernilai dan sukar diperoleh tanpa momentum diplomatik bertaraf tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi pada Program Bersama Komuniti India sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri India ke Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Serdang pada 7 Februari 2026. Foto PMO

Liputan antarabangsa dari seluruh benua kecil itu turut menonjolkan peranan Malaysia sebagai pemain penting dalam landskap geopolitik serantau serta sebagai jambatan antara Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Ia sekali gus meningkatkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap kepimpinan negara dalam menangani isu serantau dan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India Narendra Modi pada Program Bersama Komuniti India sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri India ke Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Serdang pada 7 Februari 2026. Foto PMO

Biarpun ini kali ketiga lawatan rasmi Narendra Modi yang bukan sahaja mempererat persahabatan Malaysia–India, ia menjadi platform strategik yang mengangkat nama Malaysia ke pentas dunia, selari dengan aspirasi negara untuk terus relevan dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *