Pembinaan Jeti TLDM Sandakan Perkukuh Pertahanan Maritim Negara – Penganalisis

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 APMM di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Menyedari risiko ancaman terhadap keselamatan negara, pembinaan jeti baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dengan peruntukan sebanyak RM122 juta diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu, merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan negara, khususnya di perairan timur Sabah.

Menurut penganalisis Abul Jais Ashfaq Ahmed, perairan luas di wilayah itu sering berdepan dengan ancaman pengganas rentas sempadan serta aktiviti pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 APMM di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya optimis pembinaan jeti ini bakal meningkatkan keupayaan operasi TLDM dalam memantau serta mengawal kawasan perairan yang menjadi laluan utama kapal dagang dan nelayan tempatan. Fasiliti baharu ini juga akan berfungsi sebagai pusat sokongan logistik dan penyelenggaraan yang lebih efisien untuk aset-aset laut negara, sekaligus memastikan tindak balas pantas terhadap sebarang ancaman.

“Pengukuhan sistem pertahanan dengan kewujudan jeti ini kelak akan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan sampingan serta merangsang aktiviti industri sokongan di Sandakan khasnya dan di timur Sabah amnya,” ujar beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 APMM di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tambahnya, ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjaga keselamatan Sabah serta memastikan kehadiran aset ketenteraan yang mantap di kawasan strategik bagi memastikan setiap inci kedaulatan negara termasuk di laut terus terpelihara.

“Kewujudan ESSCOM selama ini banyak memainkan peranan menjaga keselamatan perairan negara dan dengan adanya jeti moden lengkap dengan kemudahan terkini, ia juga meningkatkan motivasi anggota tentera kita (TLDM) dalam memastikan pihak asing tidak menceroboh sewenang-wenangnya,” tegasnya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 APMM di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, projek ini merupakan pelaburan penting demi menjamin kedaulatan negara, melindungi komuniti maritim dan memperkukuhkan pengaruh pertahanan Malaysia di perairan serantau yang semakin mencabar.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, langkah Perdana Menteri mengumumkan pembinaan jeti ini juga menandakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan Sabah terus terpelihara daripada sebarang ancaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 APMM di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *