Pemberian Baucar Buku Diperluas Kepada Lebih 400,000 Guru – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 1 Jun 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan inisiatif baucar buku diperluaskan kepada lebih 400,000 guru tahun ini.
Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan merupakan lanjutan usaha kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat khususnya pelajar sekolah dan universiti.
“Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita tengok dulu sebab kita sedang bertarung dengan tarif (Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Anwar berkata, perlu ada garis panduan jelas mengenai pemberian baucar buku bagi mengelakkan tuntutan kepada naskhah yang tidak berkualiti.
“Harus ada garis panduan. Buku yang diberi, tidak semua buku berkualiti dan menggalakkan ilmu,” katanya turut mengumumkan pemberian baucar buku kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian.
Tambah Anwar, seseorang individu mahupun sesebuah negara tidak akan jadi hebat tanpa kecintaan dan penguasaan ilmu yang dapat membentuk serta memperkukuh sahsiah dan jati diri bangsa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
