Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Hari TUDM Ke-67

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.

Hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea yang menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Hari TUDM disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan wira negara di angkasa raya yang kini menuntut pembaharuan teknologi peperangan baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *