Pembangunan Tidak Hanya Diukur Melalui Bangunan Tinggi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, segala usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, agar hasil kemajuan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 1 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, pembangunan negara tidak wajar hanya diukur melalui ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata, tetapi ia berakar menyentuh kehidupan serta kebajikan rakyat, dengan setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat.
Menerusi hantaran di media sosial sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 hari ini, Perdana Menteri berkata, segala usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran, agar hasil kemajuan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat.
“Justeru, semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI akan terus diperkukuh demi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan bersama.
“Selamat menyambut Ulang Tahun Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” ujarnya.
Untuk rekod, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Februari 1974 sementara Labuan pula pada 16 April 1984 sebelum diselaraskan pada 1 Februari 2001 dan Putrajaya pada tarikh sama.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
