Pemandu Warga Emas Rempuh 10 Kenderaan Parkir Di Kawasan Bazar

Keadaan SUV dan beberapa kereta yang dirempuh dalam insiden di Bazar Batu 3, Kuching hari ini.

KUCHING, 1 Ogos – Seorang wanita warga emas dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya sebelum merempuh 10 kenderaan yang diparkir di Bazar Batu 3 di sini sekitar jam 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika dihubungi berkata, pemandu berusia 80 tahun terbabit yang ketika itu bersama suaminya di tempat duduk penumpang, cuba memarkirkan kenderaannya dan dipercayai tersilap tekan pedal minyak berbanding brek.

SUV berkenaan katanya, terus memecut sebelum merempuh kereta-kereta lain yang diparkirkan di hadapan kedai di situ.

Menurutnya, pihak polis bergegas di lokasi kejadian dan menasihati para pemilik kenderaan yang terjejas membuat laporan polis.

Punca kejadian masih disiasat, kata Mohd Irwan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *