Pemandu Bas Terbabit Nahas Maut Pelajar UPSI Akan Ditahan

Sebahagian barangan peribadi yang ditemui milik pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun 2025.
IPOH, 10 Jun – Pemandu bas terbabit nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam akan ditahan selepas dibenarkan keluar hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata lelaki itu sedang dirawat di Hospital Taiping.
“Kita perlu tunggu dia keluar hospital sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Semalam, Hisam dilaporkan berkata, pemandu terbabit cedera di tangan dan polis belum mengambil keterangan daripadanya.

Selain pemandu itu, seorang kelindan bas dan 42 pelajar UPSI turut berada dalam kenderaan berkenaan.
Siasatan awal mendapati bas itu melanggar bahagian belakang Perodua Alza sebelum bas terbabit hilang kawalan dan terbabas.
Perodua Alza itu dinaiki sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama dua anak berusia tiga serta enam tahun.
Seramai 23 penumpang bas terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling dan Hospital Taiping.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
