Peluncuran RIBAT Tingkat Keupayaan Pertahanan Negara

Peluncuran RIBAT oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena LIMA’25 menandakan satu pencapaian penting dalam sistem pertahanan negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 2 Jun – Pelancaran RIBAT oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena LIMA’25 baru-baru ini menandakan negara serius dalam meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
RIBAT iaitu sebuah Kenderaan Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (HMLTV) pertama yang direka dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) dperkenalkan buat kali pertama dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada 20 Mei 2025 lalu.
Nama RIBAT dipilih oleh Perdana Menteri kerana membawa makna simbolik yang mencerminkan semangat mempertahankan tanah air berasaskan iman, patriotisme dan kemajuan teknologi.

Kenderaan ini dihasilkan oleh jurutera tempatan menggunakan kemudahan kejuruteraan moden di Seremban dan Sepang serta dilengkapi sistem perlindungan balistik modular yang sesuai untuk pelbagai misi seperti rondaan, konvoi serta operasi khas.
Pengarah Urusan MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam Kasa menyatakan bahawa pelancaran ini membuktikan kemampuan industri pertahanan tempatan serta kejayaan dasar kerajaan dalam membangunkan ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.
Menurutnya, RIBAT adalah bukti bahawa Malaysia bukan sekadar pengguna, malah mampu menjadi pencipta teknologi pertahanan yang diyakini di peringkat antarabangsa.

Ini diakui beberapa pemerhati geopolitik yang menyiftakan pengenalan RIBAT membuktikan Malaysia kini mampu mengeluarkan peralatan pertahanannya sendiri dengan gabungam teknologi dan kepakaran tempatan.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara MILDEF dan syarikat pertahanan Indonesia, PT PINDAD yang membuka ruang kerjasama serantau dalam eksport, pemindahan teknologi dan integrasi sistem.
Selain itu, MILDEF turut menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) untuk membangunkan dua lagi platform kenderaan taktikal yang direka sepenuhnya dalam negara.
MILDEF juga dijangka menandatangani kontrak pembekalan sebanyak 136 unit kenderaan Tarantula kepada Tentera Darat Malaysia sekaligus memperkukuh keyakinan kerajaan terhadap keupayaan syarikat tempatan.
Seusai majlis pelancaran, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat reruai syarikat tempatan dan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam LIMA ’25.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
