Kerajaan Digesa Tangguh Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95

Penganalisis berkata ia mampu membantu mengekalkan kadar inflasi rendah serta kuasa beli pengguna, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik secara berterusan. Foto ihsan The Star

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Kerajaan disarankan menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sehingga Oktober depan kerana dilihat bakal membantu mengekalkan kuasa beli serta mengawal inflasi, menurut penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Beliau berkata, penangguhan itu wajar terutama ketika rakyat masing belum menerima maklumat lengkap berkenaan bentuk dan saluran subsidi.

Katanya, jika kerajaan melaksanakan penangguhan itu, tempohnya akan sehingga belanjawan Oktober depan, dan ia mampu membantu mengekalkan kadar inflasi rendah serta kuasa beli pengguna, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik secara berterusan.

“Langkah itu juga memberikan ruang lebih baik kepada kerajaan memperkemas pelaksanaan sistem subsidi bersasar yang lebih kompleks berbanding diesel.

“Kalau ditunda, itu langkah yang baik dan subsidi RON95 ini membabitkan pasaran lebih luas kerana setiap isi rumah mempunyai kenderaan sendiri, jadi bagaimana subsidi akan disalurkan perlu diperjelas terlebih dahulu,” katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau menjelaskan, berbanding diesel yang dikawal menerusi fleet card, subsidi RON95 sukar dipantau kerana ia digunakan secara individu, justeru ia memerlukan sistem yang telus serta mekanisme maklum balas rakyat kepada kerajaan.

Mengulas tempoh pelaksanaan yang sesuai, Aimi Zulhazmi mencadangkan ujian rintis (pilot test) bagi rasionalisasi subsidi petrol RON95 itu dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *