Pelantikan Ketua Hakim Ikut Proses, Tepis Segala Tohmahan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 18 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan dilaksanakan mengikut proses sewajarnya sekali gus menolak segala tohmahan dan dakwaan sebelum ini.

Beliau berkata pelantikan yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu membuktikan proses pelantikan berjalan lancar serta mematuhi prinsip Keluhuran Perlembagaan.

“Sidang (Mesyuarat) Majlis Raja-Raja kali ini dengan sendirinya membuktikan proses berjalan baik dan kita tunduk kepada prinsip Perlembagaan 122B. Ini berbeza dengan tohmahan yang berlaku sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi saya harap dengan penjelasan ini dan keputusan (Majlis) Raja-Raja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, padamlah fitnah dan keluh-kesah yang berlaku…sebelum ini berminggu-minggu dikecam dan difitnah tetapi sekarang rupanya terbukti kenyataan itu meleset,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal di sini hari ini.

Perdana Menteri turut membidas dakwaan kononnya wujud campur tangan dalam pemilihan calon jawatan tertinggi badan kehakiman negara termasuk fitnah terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Beliau (Ahmad Terrirudin) punya banyak tahun lagi, nama beliau tidak pernah pun diusulkan. Nama (beliau) tidak dibawa oleh saya, tidak dibincang atau dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi dari mana (datang tohmahan)? Hanya dari sebaran daripada kalangan tokoh-tokoh peguam yang (main) politik?…saya tidak fikir ini gesaan daripada semua, jadi saya harap dengan (pencerahan) ini ia menjernihkan keadaan,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa budaya fitnah dan kecaman terhadap institusi kehakiman perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti badan itu sebagai satu daripada tonggak utama negara.

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan semalam memaklumkan pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi dilantik menggantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang akan bersara.

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *