Titah Adendum: PM Anwar Sedia Jumpa Pemimpin Umno

Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Presint 14 Putrajaya pada 18 Julai 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 18 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berbincang dengan pimpinan Umno berhubung titah adendum membabitkan bekas presiden parti itu, Najib Razak.

Perdana Menteri mengambil maklum ramai ketua Umno bahagian membangkitkan isu tersebut dalam pertemuan mereka malam tadi.

“Saya sedia mengadakan perbincangan dengan mereka, memberi penjelasan sekiranya perlu atau melakukan apa yang baik untuk menjaga keharmonian,” katanya kepada pemberita, selepas menunaikan solat Jumaat di Presint 14 di sini.

Mengulas mengenai isu Nick Adams, Anwar berkata ada proses perlu dilalui dalam mempertimbangkan pemilihan beliau sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) yang dibantah pelbagai pihak.

Anwar berkata masih terlalu awal mengatakan Adams bakal dipilih menggantikan Edgard Kagan, diplomat kerjaya yang dicalonkan bekas presiden AS Joe Biden pada Mei 2023.

“Soal Adams itu kita ikut prosesnya…masih terlalu awal dan kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan.

“Dalam keadaan yang sama kita akan menjaga hubungan baik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya selepas solat Jumaat di Presint 14.

Sebelum ini, Menteri Luar Mohamad Hasan turut dipetik berkata terlalu awal untuk mengulas kemungkinan pempengaruh Australia-AS itu menjadi duta ke Malaysia.

Menurutnya, pelantikan Adams masih belum disahkan oleh Senat AS.

Pada 11 Julai, The New York Times melaporkan bahawa Presiden Donald Trump mencalonkan Adams untuk berkhidmat sebagai duta AS seterusnya ke Malaysia.

Adams, seorang pro-Zionis dan mendakwa dirinya ‘lelaki alfa’, berkata beliau teruja dengan pencalonan itu dan berjanji menyebarkan kemurahan hati Trump kepada rakyat Malaysia, sambil menambah dia juga teruja untuk merasai budaya Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *