Lantikan Hakim Selesai, Fitnah Terhadap PMX Tertolak Dengan Sendirinya

Semua pihak kini harus menerima pelantikan hakim-hakim tersebut, sekaligus menerima hakikat bahawa Anwar tidak pernah campurtangan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MINDA NORAINI NORDIN, 18 Jul – Fitnah terhadap PMX tertolak dengan sendirinya sebaik sahaja jawatan-jawatan utama Institusi Kehakiman diumumkan semalam.

Pengisian jawatan-jawatan utama Institusi Kehakiman telah pun diumumkan semalam juga telah ‘menutup mulut’ pengkritik-pengkritik yang sentiasa mencari isu untuk memperlekeh serta menghina PMX.

Pelantikan yang telah diumumkan ialah:-

1. Ketua Hakim Negara – Datuk Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh.

2. Presiden Mahkamah Rayuan – Datuk Abu Bakar bin Jais.

3. Hakim Besar Sabah dan Sarawak – Datuk Azizah binti Nawawi.

Pengumuman pelantikan tiga hakim kanan membuktikan tohmahan terhadap PMX langsung tidak berasas.

Semua pelantikan itu dilihat menggembirakan semua rakyat, sekaligus mengakiri kemelut pelantikan hakim-hakim yang disensasikan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.

Pelantikan tersebut juga menyaksikan ia dilakukan secara teratur, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyebut perlantikan hakim-hakim adalah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Dengan pelantikan tiga jawatan utama Institusi Kehakiman yang diumumkan itu, ia dengan sendirinya menolak fitnah dan dakyah jahat yang bertebaran sejak sekian lama kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campurtangan dalam perlantikan hakim-hakim.

Dakwaan kononnya Anwar mahu meletakkan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Hakim Besar Malaya dan seterusnya akan menjadi Ketua Hakim Negara, terbukti tidak benar sama-sekali.

SEMUA PIHAK MESTI TERIMA

Sebagaimana Anwar sejak awal lagi menyatakan beliau tidak campurtangan dan tidak pernah mengusulkan nama Ahmad Terrirudin, begitulah yang disaksikan oleh seluruh rakyat hingga ke akhirnya.

Semua pihak kini harus menerima pelantikan hakim-hakim tersebut, sekaligus menerima hakikat bahawa Anwar tidak pernah campurtangan.

Perdana Menteri hanya memainkan peranan sekadar yang dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan sahaja.

– Oleh Noraini Nordin

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *