‘Pelaburan’ RM30 Juta PM Anwar Buat Pengamal Media Iktiraf Sumbangan, Peranan Majukan Negara

Pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengamal media mampu merangsang semangat mereka menjalankan tugas dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 15 Jun – Syukur alhamdulillah, para pengamal media yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menerima khabar gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 merupakan pengiktirafan besar terhadap peranan mereka dalam pembangunan minda rakyat dan negara.

Peruntukan ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengamal media bagi mempertingkatkan ilmu, kemahiran serta kualiti pelaporan demi menjana keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan institusi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Bernama

Dalam era maklumat tanpa sempadan, cabaran kewartawanan semakin kompleks. Maka, peruntukan ini boleh digunakan untuk memperkukuh latihan berterusan dalam bidang kualiti kewartawanan, pelaporan berdasarkan fakta serta etika media yang berlandaskan kebenaran dan tanggungjawab sosial.

Antara program yang boleh digembeleng seperti bengkel, seminar serta kolaborasi dengan institusi kewartawanan antarabangsa juga boleh digerakkan untuk mendedahkan wartawan tempatan kepada piawaian pelaporan global yang terkini.

Amat besar harapan Perdana Menteri yang mahu melihat media yang berkualiti dan beretika mampu membina naratif positif serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara telus, tepat dan berimbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Dalam usaha menjana persepsi yang sihat dalam kalangan rakyat, ia merupakan elemen penting seterusnya mengukuhkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

Suntikan semangat terus daripada Perdana Menteri harus menjadi jambatan maklumat yang adil antara kerajaan dan rakyat, bukan sekadar penyampai berita, tetapi juga pembentuk wacana awam yang berautoriti.

Selaras dengan pendekatan strategik dan bertanggungjawab, dana ini berpotensi menjadikan landskap media Malaysia lebih dinamik, profesional dan boleh dipercayai selain menangkis penyebaran berita palsu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Sokongan kerajaan ini perlu disambut dengan iltizam tinggi oleh para pengamal media untuk terus menyumbang kepada demokrasi yang matang dan pembangunan negara yang inklusif.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *