Pasangan Suami Isteri Namakan Anak Sempena Nama Calon Presiden Dan Naib Presiden Indonesia

Bayi lelaki yang dilahirkan sewaktu pilihan raya umum Indonesia diberi nama M Prabowo Gibran. Foto Detik News
PALEMBANG, 17 Feb – Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.
Atturmizi yang menetap di Sumatera Selatan memaklumkan, dia amat mengidolakan pendahulu calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Tambahnya, M Prabowo Gibran lahir ketika dia dan isterinya mahu bertolak ke pusat pengundian namun isterinya mengadu mengalami sakit perut. Dia kemudian membawa isterinya ke rumah bidan berhampiran.
Dalam masa sama, Atturmizi berharap anaknya, M Prabowo Gibran boleh menjadi pemimpin hebat di masa akan datang.
Sementara itu, ramai jiran tetangga mengambil peluang bertandang ke rumah Atturmizi untuk melihat bayi itu dari dekat. –
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
