Gempa Bumi Gegar Pusat Peranginan Mexico

Penduduk bergegas keluar sebaik mendengar siren amaran gempa bumi di Acapulco, Mexico. Foto AFP
MEXICO CITY, 18 Feb – Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda dekat bandar peranginan Acapulco, Mexico di pantai Pasifik semalam, menurut perkhidmatan sesimologi kebangsaan.
Sementara itu, Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi itu berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan dekat pekan Tepetixtla di negeri Guerrero, kira-kira 42 kilometer (km) dari Acapulco.
Gabenor Guerrero, Evelyn Salgado, di platform X, berkata tiada kerosakan dilaporkan di negeri itu.
Di ibu negara, Mexico City, gempa bumi itu mencemaskan penduduk setempat, yang bertindak meningalkan kediaman masing-masing walaupun tiada kerosakan dilaporkan, kata Datuk Bandar, Marti Batres, di platform X. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
