Pasang CCTV Di Stesen Minyak Sempadan Mudahkan Pemantauan KPDN Kelantan

Pelan pemasangan CCTV di stesen minyak di sempadan Kelantan dan Thailand akan membantu memantau aktiviti penyeludupan petrol dan diesel. Foto Bernama
KOTA BHARU, 26 Jun – Alasan ‘tiada privasi’ disuarakan pemilik stesen minyak di sempadan menolak pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), diberi amaran lesen perniagaan mereka akan ditarik balik.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, berkata pemasangan CCTV di stesen minyak itu akan dilaksanakan tahun ini sejajar usaha menangani masalah penyeludupan petrol dan diesel.
“Kita tidak mengambil kira alasan berkenaan, apa yang pasti kita mahu memastikan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel dapat ditangani. Perbincangan berhubung perkara itu kini sudah di peringkat akhir.
“Pihak kementerian meminta saya membuat pemilihan stesen untuk pemasangan CCTV itu, membabitkan stesen minyak di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, dan Bukit Bunga,” katanya kepada Berita Harian sambil menyatakan keyakinan inisiatif itu mampu mengurangkan secara ketara aktiviti penyeludupan.
Beliau berkata, pemasangan CCTV membolehkan pemantauan dilakukan secara terus dari pejabat, selain melihat aktiviti di stesen minyak terbabit.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
