Parti PM Sunak Hilang Lagi Dua Kerusi

Perdana Menteri Rishi Sunak berdepan cabaran getir mempertahankan kerajaan Parti Konservatif menjelang pilihan raya umum UK yang dijadual diadakan tidak lewat daripada 28 Januari 2025. Foto Reuters

WELLINGBOROUGH, 16 Feb  Parti Konservatif yang mentadbir Britain, kehilangan dua lagi kerusi Parlimen kepada Parti Buruh dalam pilihan raya kecil, hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menunjukkan Perdana Menteri, Rishi Sunak perlu berdepan cabaran untuk memenangi pilihan raya umum yang dijadualkan tahun ini.

Kekalahan itu memberi igauan ngeri buat pemimpin United Kingdom (UK) terbabit yang perlu bergelut untuk mengembalikan sokongan kepada partinya selepas Britain mengalami kemelesetan ekonomi pada suku kedua tahun secara berturut-turut.

Parti Konservatif yang berkuasa sejak 2010, diramalkan secara meluas bakal kehilangan undi di seluruh negara melalui pilihan raya yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.

Perdana Menteri Rishi Sunak berdepan cabaran getir mempertahankan kerajaan Parti Konservatif menjelang pilihan raya umum UK yang dijadual diadakan tidak lewat daripada 28 Januari 2025. Foto Reuters

Pembangkang mewakili Parti Buruh memperoleh kemenangan kedua terbesarnya pada pilihan raya kecil yang diadakan selepas seorang Ahli Parlimen Tory, meletak jawatan dan seorang lagi menghadapi petisyen penarikan balik kedudukan sebagai Ahli Parlimen kerana membuli kakitangannya.

Ketua Parti Buruh, Keir Starmer berkata pengundi mahukan perubahan dan bersedia untuk meletakkan kepercayaan mereka kepada Parti Buruh untuk berkhidmat.

“Tahniah buat parti Buruh atas kejayaan yang hebat ini,” katanya.

Sementara itu, Sunak berkata keadaan sekitar pilihan raya kecil itu adalah mencabar, malah peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu di bawah 40 peratus di dua kawasan Parlimen itu tidak mewakili sokongan kuat buat Parti Buruh.

Pilihan raya kecil itu menunjukkan Sunak perlu berjuang dan berusaha keras jika meneruskan pentadbirannya bagi penggal kelima.

Parti Konservatif kehilangan kerusi selamat mereka kepada Parti Buruh dan Parti Liberal Demokrat, sejak menang besar pada pilihan raya umum pada 2019.

Bekas Ketua Pendakwa Raya, Starmer dan partinya mendahului Tories dalam kebanyakan tinjauan pendapat sepanjang tempoh 15 bulan Sunak sebagai perdana menteri.

Sunak menggantikan Liz Truss, yang digulingkan selepas agenda ekonomi pemotongan cukainya gagal mendapat sokongan.

Populariti parti Konservatif bagaimanapun merosot apabila Britain mengalami krisis kos sara hidup yang paling teruk dalam beberapa dekad sejak wabak COVID-19.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *