Aktivis Indonesia Bantah Jangkaan Kemenangan Prabowo

Kemenangan Prabowo dan pasangannya Gibran Rakabuming Raka mula dihantui insiden silam terkait Prabowo yang menjadi buah mulut rakyat Indonesia selepas menang kiraan tidak rasmi petang Rabu lalu. Foto CNBC

JAKARTA, 16 FebKumpulan aktivis Indonesia yang anak-anak mereka hilang atau ditembak mati oleh tentera pada 1990-an melakukan bantahan bagi menolak jangkaan kemenangan presiden baharu yang juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Bekas komander pasukan khas berusia 72 tahun itu mengisytiharkan kemenangannya kelmarin selepas keputusan awal daripada tinjauan awam yang diluluskan kerajaan menunjukkan beliau akan memenangi jawatan tertinggi itu.

Beliau sudah pun memperoleh undi melebihi 50 peratus yang ditetapkan sebelum seseorang calon boleh dianggap memenangi kerusi presiden Indonesia.

Lebih 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar istana presiden di ibu kota, Jakarta sebagai tanda protes, mengangkat kad kuning, meniup wisel dan membawa sepanduk bertulis ‘selamatkan demokrasi’.

Kemenangan Prabowo dan pasangannya Gibran Rakabuming Raka mula dihantui insiden silam terkait Prabowo yang menjadi buah mulut rakyat Indonesia selepas menang kiraan tidak rasmi petang Rabu lalu. Foto CNBC

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas ketuanya menuduh Prabowo mengarahkan aktivis demokrasi diculik menjelang berakhirnya pemerintahan diktator Suharto selama tiga dekad.

Prabowo, yang ketika itu bertugas sebagai komander tentera, menafikan bertanggungjawab atas dakwaan itu dan tidak pernah didakwa atas kesalahan itu.

Lebih 12 orang aktivis, sehingga kini gagal ditemui. Seorang daripada mereka ialah anak Paian Siahaan, Ucok, yang hilang ketika beberapa bulan terakhir pemerintahan Suharto, apabila Prabowo menjadi komander tertinggi.

Dia berusia 22 tahun ketika mengambil bahagian dalam protes dan tidak pernah kembali.

“Ini di luar jangkaan kami, selepas mengikuti kempen dan perbahasan, kami tidak menjangkakan dia akan menang dengan margin yang begitu tinggi.

“Jadi, kami saling menenangkan antara satu sama lain dalam kumpulan keluarga mangsa, yang kini turun melakukan protes mingguan,” katanya yang kini berusia 77 tahun.

Maria Catarina Sumarsih adalah seorang daripada individu yang mengadakan protes senyap setiap minggu berhampiran istana presiden Indonesia.

Tujuan beliau adalah bagi mencari jawapan mengenai pembunuh anaknya daripada pegawai atasan yang mengetuai tindakan keras tentera terhadap penunjuk perasaan.

Anak lelakinya, Wawan, ditembak tentera selepas kejatuhan Suharto pada 1998, namun tiada pemimpin tentera yang mengaku bertanggungjawab atas kematiannya.

Prabowo dipecat daripada angkatan tentera beberapa bulan sebelum kematian Wawan, tetapi Maria menggesa pemimpin itu membenarkan siasatan terhadap masa lalunya.

Katanya, berkata tuduhan pencabulan hak asasi manusia akan menjadi lebih sukar untuk didakwa jika beliau menjadi presiden.

“Jika Prabowo benar-benar komited untuk berkhidmat kepada negara, dia harus menyerah diri… supaya peguam negara boleh membuat siasatan susulan ke atas fail tragedi 1998,” katanya yang berusia 71 tahun. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *