Parti Bhumjaithai Namakan Anutin, Sihasak Calon PM Thailand

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul membatalkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 susulan kemangkatan bonda raja pada 24 Oktober 2025.

BANGKOK, 26 Dis – Parti Bhumjaithai mengesahkan akan menamakan dua calon bagi jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya umum (PRU) Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun depan.

Selain terajunya, Anutin Charnvirakul yang juga Perdana Menteri semasa, parti berkenaan turut menamakan Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, sebagai calon kedua.

Menurut parti itu dalam satu kenyataan sebagaimana dilaporkan portal berita Nation Thailand, Sihasak sebagai Menteri Luar berpengalaman, dilihat berupaya untuk memulihkan kedudukan Thailand di pentas antarabangsa secara bermaruah.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow dinamakan sebagai calon kedua perdana menteri bagi Parti Bhumjaithai. Foto Reuters

Katanya, beliau telah membuktikan kemampuan untuk bekerjasama secara berkesan dengan kedua-dua pemimpin politik dan agensi keselamatan.

Selain itu, menurut kenyataan berkenaan lagi, Sihasak juga diterima secara meluas oleh masyarakat awam dan komuniti antarabangsa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *