‘Parti Aloha Summer Bay’ (Pas): Kompaun Maksimum Sudah Terlambat

Antara poster warganet menyindir pemimpin ‘Parti Aloha Summer Bay’ (Pas) yang tular dengan menggunakan slogan ‘Pertahankan Kepimpinan Aloha’ menggantikan ‘Pertahankan Kepimpinan Ulamak’, merujuk kepada penganjuran parti itu di Terengganu pada 20 Mei lalu.

PENDAPAT, 24 Mei – Tidak sampai 24 jam walaun, istilah warganet bagi pentaksub sebuah parti pembangkang ‘menganjing’ penyokong kerajaan di media sosial, rupanya aib sendiri gagal disorok.

Tragedi mencemarkan adat resam Melayu-Islam yang berlaku di sebuah resort di Pulau Lang Tengah, Terengganu, negeri yang dibanggakan 32-0 (istilah tiada wakil kerajaan perpaduan di parlimen dan DUN) pantas digunakan penyokong kerajaan sebagai ‘balasan’ terhadap parti dalam tren KTMB baru-baru ini.

Walaupun pemilik sebuah resort persendirian yang beroperasi di Pulau Lang Tengah itu dikenakan kompaun maksimum RM25,000 kerana menganjurkan aktiviti hiburan tanpa mendapat kelulusan, ternyata tindakan tersebut sudah terlambat.

Imej tangkap layar seorang warganet yang mempersoalkan di mana kerajaan negeri yang gagal mengambil tindakan bagi menghalang penganjuran Parti Aloha biarpun telah sebulan disiarkan di laman media sosial resort itu.

Masakan tidak, setelah lebih sebulan iklan penganjuran parti di akaun media sosial resort itu terpampang dengan jelas mengalu-alukan pengunjung menyertainya, di mana kerajaan negeri pada ketika itu?

Bukankah molek jika parti itu dibatalkan atau dipinda jenis penganjurannya bagi mengelak timbul spekulasi liar yang akhirnya memalukan kerajaan negeri sendiri.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, kalangan pentaksub parti pembangkang itu tadi seakan terdiam selain cuba-cuba menyerang penyokong kerajaan menggunakan hujah dangkal selain serangan peribadi ke atas mana-mana pemilik akaun media sosial penyokong kerajaan.

Antara poster warganet menyindir pemimpin ‘Parti Aloha Summer Bay’ (Pas) yang tular dengan menggunakan slogan ‘Pertahankan Kepimpinan Aloha’ menggantikan ‘Pertahankan Kepimpinan Ulamak’, merujuk kepada penganjuran parti itu di Terengganu pada 20 Mei lalu.

Biarpun Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Razali Idris menegaskan kompaun itu dikenakan selepas pihaknya mengadakan pertemuan bersama pemilik resort tersebut di Wisma Darul Iman, pada pagi Khamis, ia tidak lagi menjadi tajuk utama ‘pencegahan’ yang dilakukan kerajaan negeri.

Sebaliknya bertebaran poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian seksi menghadiri sebuah parti liar yang didakwa diadakan di pulau tersebut.

Gambar tersebut mendapat perhatian ramai malah rata-rata daripada mereka mengatakan parti tersebut tidak sesuai diadakan di negeri ini.

Antara imej ‘Parti Aloha Summer Bay’ (Pas) yang tidak sanggup disiarkan secara penuh kerana terlalu mencolok mata hingga menjadi bahan ketawa warganet terhadap pentaksub Pas.

Ia bukan sekadar memalukan imej negeri kononnya ‘Islamik’ dan ‘patuh syariah’ malah mengundang tawa warganet apabila pentaksub parti itu gigih mempertahankan tindakan kerajaan negeri umpama ‘menutup bangkai dengan nyiru’.

Sudahnya, warganet yang ‘nakal’ pantas menebak idea melabelkan parti tersebut sebagai ‘Parti Aloha Semalaysia’ atau Pas, sinonim dengan nama sebuah parti yang terkenal dengan tunggangan agamanya demi survival politik.

Malah lebih mengejutkan, tiada sebarang garis panduan dikuatkuasakan seolah membiarkan parti liar itu kembali diadakan selepas dihentikan seketika akibat pandemik Covid-19.

Lagi foto yang tular pada penganjuran ‘Parti Aloha Summer Bay’ (Pas) yang jelas bukan saja memalukan orang Melayu-Islam malah membuktikan kegagalan kerajaan Pas mencegah kemungkaran di negeri sendiri.

Jelaslah di sini, kegelojohan pentaksub ‘Parti Aloha Summe Bay’ tadi akhirnya memakan diri paling kurang berminggu-minggu lagi.

Lebih memilukan, ia sudah pasti akan dijadikan modal serangan baharu penyokong kerajaan setelah berjaya ‘melondehkan’ sisi hodoh parti itu apabila tidak mampu menjawab isu Pesta Songkran di Kedah dan konsert mencolok mata ‘Loy Krathong’ di Kelantan sebelum ini.

Poster tular memaparkan prinsip ‘Parti Aloha Semalaysia’ (Pas) apabila mendiamkan diri setelah warganet mempersoalkan kewajaran penganjuran konsert hiburan di tiga buah negeri yang dikuasai mereka.

Apakah mereka tidak lagi sedar apabila mereka ‘menyerang’ maka mereka juga harus bersedia untuk diserang bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Kalau isu sebegini pun gagal ditangani ‘Parti Aloha Summer Bay’ di negeri yang selama ini bangga dengan slogan ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’, bagaimana mahu memerintah kerajaan pusat setelah terbukti gagal selama 33 bulan?

Kita tunggu pula apa yang akan terjadi di negeri Perlis yang khabarnya sedang kecoh berperang sesama sendiri ekoran kes pemalsuan dokumen anak menteri besar merangkap menantu Presiden ‘Parti Aloha Summer Bay’ tadi.

Tunggu…..


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *