TERKINI: ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

Nor Zamri meningga dunia jam 1.38 tengah hari Jumaat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
SEBERANG JAYA, 24 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang, Izuree Ibrahim, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya.
Terdahulu Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.

Muhammad Fauzi yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, berita itu hanya khabar angin dan ia tidak benar.
Menurutnya, Nor Zamri kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya dan memerlukan rehat yang cukup.
“Keadaan beliau stabil dan masih menerima rawatan di HSJ. Keadaannya juga lebih baik daripada hari itu. Bagaimanapun, beliau masih menerima rawatan dan perlu berehat.
“Beliau sedang direhatkan dan doktor juga menyatakan beliau perlu rehat yang sangat banyak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15, di sini pada Jumaat.
Muhammad Fauzi menambah, berita yang disebarkan sebelum ini mengenai keadaan terkini Nor Zamri adalah tidak benar.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
