Konsert Bersama Orkestra KL-Beijing Manifestasi Hubungan Istimewa 50 Tahun Malaysia-China

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Andre Lai (kiri) bersalaman dengan Duta Besar China di Malaysia Ouyang Yujing bagi menghadiri Konsert Orkestra Kuala Lumpur-Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

PENDAPAT, 25 MeiSelama 50 tahun, China dan Malaysia telah menikmati hubungan diplomatik yang baik. Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China atau PRC pada 31 Mei 1974.

Dalam era landskap geopolitik dan sistem perdagangan antarabangsa yang kompleks, Malaysia dan China mampu mencapai banyak matlamat yang sama, seperti menggalakkan dan mencapai pembangunan mampan, memajukan kerjasama pragmatik dalam sektor utama seperti perdagangan, teknologi, tenaga baharu, perubahan iklim, dan penyelarasan dalam perjanjian perdagangan pelbagai hala.

Sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkunjung ke China sebanyak dua kali dan kembali dengan komitmen terhadap inisiatif Belt and Road Initiative (BRI) yang membuahkan hasil kepada kedua-dua negara.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Andre Lai (berbaju batik) menyambut ketibaan Duta Besar China di Malaysia Ouyang Yujing bagi menghadiri Konsert Orkestra Kuala Lumpur-Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

Pada 2023 sahaja, Malaysia mencapai memorandum persefahaman dengan China serta memperoleh sejumlah RM189.84 bilion nilai pelaburan pada tahun yang sama. Malah Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjemput Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang untuk lawatan rasmi ke Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 2024.

Pada masa sama, ketibaan pelancong China ke Malaysia juga meningkat secara berterusan, malah minat pelancong China telah pulih secara beransur-ansur kepada angka satu juta pelancong pada 2023 – satu lagi inisiatif daripada Kerajaan Malaysia MADANI untuk merancakkan industri pelancongan negara.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Andre Lai (kiri) bersalaman dengan Duta Besar China di Malaysia Ouyang Yujing bagi menghadiri Konsert Orkestra Kuala Lumpur-Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

Apa yang lebih memberangsangkan ialah perkembangan positif perdagangan antara kedua-dua negara. Menurut MATRADE, pada suku pertama 2024 sahaja, jumlah perdagangan Malaysia dengan China telah melihat peningkatan sebanyak 3.3% diukur tahun ke tahun.

Hari ini, China telah menjadi negara contoh. Tidak lagi China terkenal dengan pekerja kolar biru dan buruh. China kini mempunyai lebih banyak tawaran memandangkan kemajuannya dalam industri teknologi tinggi kecerdasan buatan (AI), robotik dan automasi industri.

Persembahan memukau ditampilkan Orkestra Kuala Lumpur dan Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

Saya pernah bekerja di China pada awal 2000-an dan kembali ke China semula pada 2018 sebagai sebahagian daripada delegasi pimpinan KEADILAN. Tempoh 15 tahun telah menyaksikan kemajuan yang luar biasa oleh kerajaan China dalam meningkatkan sosio-ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Baru-baru ini pada pertengahan Mei 2024, delegasi serupa diketuai oleh Naib Presiden Nurul Izzah Anwar melawat China bersama rombongan terdiri daripada pelapik pemimpin muda dan wanita KEADILAN.

Iringan muzik tradisi pelbagai instrumen ditampilkan dalam persembahan Orkestra Kuala Lumpur dan Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

Hubungan dua hala antara kedua-dua negara tidak pernah menjadi lebih baik. Sempena ulang tahun ke-50, KONSERT BERSAMA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 50 HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-CHINA (1974-2024) telah diadakan di Auditorium Bandaraya @ DBKL.

Konsert ini melihat kolaborasi antara Orkestra DBKL dan Orkestra Simfoni Beijing, dengan lebih 28 pemuzik terkenal Beijing untuk mempamerkan karya lagu klasik dari kedua-dua negara.

Di pihak Orkestra DBKL, dendangan lagu rakyat seperti Gurindam Jiwa, Kenek-Kenek Udang, Watimang Landak, Zapin Pusaka, Joget Pahang dan Jambatan Tamparuli menggegar Auditorium Bandaraya. Di samping itu, acara ini merupakan yang pertama setelah pengubahsuaian besar-besaran dijalankan oleh DBKL.

Antara momen menarik dalam persembahan yang ditampilkan Orkestra Kuala Lumpur dan Orkestra Simfoni Beijing sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Malaysia-China di Auditorium DBKL malam tadi. Foto Harris

Majlis tersebut dihadiri oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar China di Malaysia serta tetamu kenamaan dari China PRC. Sementara di pihak Malaysia diwakili Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan DBKL, Naquib Hamdan dan pengurusan tertinggi pentadbir bandaraya.

Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina, ketua parti KEADILAN dan salah seorang Ahli Lembaga Penasihat DBKL (seorang lagi merupakan Carmen Leong dari Parti Tindakan Demokratik – DAP) yang hadir pada malam ini, saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada hadirin yang menyaksikan konsert berprestij ini.

Sesungguhnya dengan penganjuran konsert orkestra melibatkan pemuzik dan penghibur dari kedua-dua negara, ia membuktikan manifestasi hubungan istimewa antara Malaysia dan China ternyata memberi kesan mendalam terhadap rakyat bagi tempoh 50 tahun seterusnya.

LAI CHEN HENG
NAIB PENGERUSI KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN
AHLI LEMBAGA PENASIHAT BANDARAYA KUALA LUMPUR


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *