‘Pablo Escobar’ Langkawi 2.0: Bagok Tiba Untuk Pendakwaan

Bagok mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, di sini, ditahan polis selepas dipercayai menjadi orang kanan kepada anggota polis yang menjadi dalang dikenali sebagai 'Mr A'.
LANGKAWI, 21 Mei – Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Bagok’ tiba di pekarangan mahkamah, di sini, pagi hari ini bagi menghadapi proses pendakwaan.
Lelaki itu tiba di mahkamah dengan menaiki lori polis dengan bergari dan berpakaian kemeja-T serta seluar denim pendek sambil diiringi anggota polis.
Media sebelum ini melaporkan, Bagok mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, di sini, ditahan polis selepas dipercayai menjadi orang kanan kepada anggota polis yang menjadi dalang dikenali sebagai ‘Mr A’.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah sebelum ini berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Laporan media sebelum ini mendedahkan selepas kematian Pablo Escobar Langkawi, Mat Nahar kira-kira enam tahun lalu, kini muncul semula satu rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar kepulauan ini didalangi seorang anggota polis dikenali sebagai ‘Mr A’.
Malah, konconya juga adalah individu sama yang menjadi ahli sindiket Mat Nahar sebelum ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

