Gaza: Kekejaman Zionis Isra*l Terhadap Aktivis GSF, FFC Terbongkar

Tangkap layar video aktivis GSF 2.0 dan FFC dilayan kasar oleh tentera rejim Zionis Israel pada 20 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel terbongkar setelah lebih 400 aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang diculik dikasari dan diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan oleh di Pelabuhan Ashdod.

Bukti layanan buruk dan kejam seperti haiwan itu dipamerkan oleh rejim Benjamin Netanyahu menerusi video dimuat naik Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir pada akaun TikToknya sendiri.

Dalam video berkenaan, kelihatan tentera penjajah menarik rambut dan menolak kepala seorang aktivis wanita selepas dia melaung ‘Free Palestine’ sebaik melihat Ben-Gvir.

Tangkap layar video aktivis GSF 2.0 dan FFC dilayan kasar oleh tentera rejim Zionis Israel pada 20 Mei 2026.

Turut kelihatan aktivis tersebut diikat tangan ke belakang dan mereka dipaksa dalam posisi seperti sujud dengan kepala di atas lantai.

Selain itu, ada juga aktivis yang turut ditarik tentera rejim Zionis secara kasar selain pelbagai lagi kekerasan dikenakan ke atas mereka yang tidak bersenjata sejak memulakan pelayaran ke Gaza pada 13 Mei lalu.

Video tersebut turut dikongsikan oleh Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman dan beliau berkata, aktivis wanita yang melaungkan ‘Free Palestine’ itu dikenali sebagai Cat dari Ireland.

“Rambut pink (merah jambu), badan penuh tatu, tapi tak celaru dalam perjuangannya menolak kekejaman penjajah.

“Buruknya perangai Ben-Gvir ni sampai Sentanyahu (gelaran Perdana Menteri Israel, Netanyahu) pun keluarkan kenyataan yang tindakan dia tak mewakili nilai dan prinsip Israhell (gelaran Israel). Eh kejap, Israhell ada nilai dan prinsip ke?,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *