Nurul Izzah Dukacita Dengar Sendiri Rintihan Mangsa Banjir Baling

BALING, 25 Jul – “Saya dah pernah hantaq (hantar) memorandum untuk depa hentikan Projek Musang King, tapi depa (mereka) tak mau jumpa kami pun”.
Itu antara luahan penduduk yang juga anak jati Kampung Iboi, dekat sini, Abdul Rahman Ahmad, yang kehilangan ketiga-tiga ahli keluarga termasuk isteri, Salmah; anak bongsu, Khairul Ikhwan dan menantu beliau, Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan semasa tragedi kepala air di kampung tersebut awal Jun lalu.
“Pilu mendengar luahan hati Pakcik Abdul Rahman Ahmad, anak jati Kampung Iboi, Baling – yang kehilangan ketiga-tiga ahli keluarga termasuk isteri tercinta, Makcik Salmah, anak bongsu, Khairul Ikhwan dan menantunya, Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan semasa tragedi kepala air di kampung tersebut,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar semasa menziarahi beliau pada Ahad.

Sementara isteri Ahmad, Salmah dan menantunya, Nurul Anis pula ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu, dalam emoji sedih ketika Ahmad berkongsi kisah pilu dengan Nurul Izzah dalam catatan di Facebook rasmi beliau.
“Makcik Salmah dan menantu, Nurul Anis ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu 😢,” kata Nurul Izzah dalam nada sayu.
Turut hadir dalam ziarah berkenaan ialah ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min; ADUN Suka Menanti, Zamri Yusuf serta ketua-ketua cabang KEADILAN yang mengiring Nurul Izzah melawat kesan kejadian yang amat dahsyat hingga menggemparkan seluruh negara Jun lalu.

Terdahulu, difahamkan gesaan dan amaran berulang kali yang diberikan oleh penduduk kampung dan pencinta alam serta NGO alam sekitar telah disuarakan kepada pihak berwajib namun apa yang berlaku dapat disaksikan seluruh negara.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah mendedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertegas mengatakan bahawa banjir di Baling ini disebabkan oleh penyahhutanan untuk projek Musang King di Gunung Inas yang menyebabkan banjir lumpur terjadi ketika hujan lebat.
Ini diburukkan lagi dengan perubahan iklim ekstrem yang akan menjadikan banjir kilat jauh lebih serius berbanding sebelumnya.
“Penyahutanan boleh mengakibatkan banjir lumpur ketika hujan lebat. Atas sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertegas mengatakan bahawa banjir di Baling ini disebabkan oleh penyahhutanan untuk projek Musang King di Gunung Inas, Baling.
“Penyahutanan beserta perubahan iklim yang ekstrem akan menjadikan banjir kilat jauh lebih serius berbanding sebelumnya,” tambahnya.

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN sempat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas sumbangan daripada Yayasan Aman Kedah sambil berharap agar tragedi ini akan berulang sekiranya tiada kesungguhan politik untuk menanganinya.
“Jangan biarkan tragedi berulang tanpa kesungguhan politik menanganinya 🙏🏽,” jelasnya lagi.
