Nur Aishah Tawar ‘Pengalaman Baharu’ Buat Kanak-Kanak Sahut Cabaran Tanam Sejuta Pokok

Kelainan ditampilkan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Nur Aishah Zainol yang menarik minat kanak-kanak melakukan cabaran penanaman sejuta pokok sempena Hari Bumi Sedunia baru-baru ini.

PENDAPAT, 24 AprPada 22 April baru-baru ini telah diadakan satu Program Penanaman Pokok 1 Juta Dalam Sehari di Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Bumi 2024 yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Pulau Pinang (TYT) dengan membawa tema” Kekal kehijauan membawa kebahagiaan”.

Setiap peserta atau kumpulan dikehendaki membuat rakaman video yang berdurasi 15 saat dengan memaparkan setiap kumpulan peserta sedang membuat penanaman kemudiannya diminta memuat naik rakaman video tersebut di aplikasi yang disediakan oleh pihak penganjur menerusi play store Yayasan Amal TYT dalam tempoh 24 jam.

Difahamkan pihak-pihak yang terlibat menyertai program tersebut kebanyakannya terdiri daripada kumpulan peserta mengikut kawasan-kawasan di seluruh daerah negeri Pulau Pinang.

Kelainan ditampilkan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Nur Aishah Zainol yang menarik minat kanak-kanak melakukan cabaran penanaman sejuta pokok sempena Hari Bumi Sedunia baru-baru ini.

Matlamat diadakan Program Penanaman 1 Juta Pokok Sehari dalam tempoh 24 jam oleh pihak penganjur adalah untuk dimasukkan ke dalam senarai catatan Malaysia Book Of Records.

Menarik perhatian penulis ialah pada kandungan visual Tik Tok milik akaun Ahli Majlis MBSP iaitu Nur Aishah Zainol. Apabila melihat video tersebut berulang kali dilatari muzik mood berinstrumental terasa sayu suasananya dengan memaparkan kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak lantaran kedengaran pula satu suara berbunyi: “Kanak-kanak sudah tanam 1 juta pokok dan anda bila lagi”.

Melihat mereka beberapa orang kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Guar Perahu secara bersahaja dengan raut wajah riang yang mengambarkan teruja dan seronok kerana membawa anak pokok limau yang diisi di dalam polibeg memasukkan pula anak pokok ke dalam lubang yang telah dikorek kemudian dilakukan menimbus tanah ke dalam lubang yang telah dimasukkan anak-anak pokok tadi.

Secara peribadi penulis amat memuji daya kreativiti yang ditunjukkan oleh Nur Aishah serta dibantu rakan yang lain melalui apa yang terpapar dalam video tersebut benar-benar menyentuh hati penulis.

Penulis sendiri tidak pernah terfikir mereka boleh mencipta kreativiti sebegini rupa yang pada pandangan penulis percaya tidak ramai guru pra sekolah boleh melakukannya. Mengapa tidaknya jikalau hendak melakukannya tentulah perlu menyediakan anak pokok dan mengorek lubang.

Kebetulan penulis di suatu masa dahulu pernah terbabit dengan hal ehwal pengurusan murid pra sekolah dan bergelar seorang pendidik. Jadi tak salah untuk penulis menghamburkan kata pujian kepada mereka terutamanya Nur Aishah selaku Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Katanya aktiviti yang membabitkan kanak-kanak di sini dilakukan adalah untuk memberikan satu pengalaman baharu bagi menyahut cabaran menanam pokok 1 juta dalam tempoh 24 jam bersempena sambutan Hari Bumi 2024.

Bukan itu sahaja, pada masa sama ianya dapat memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang cara atau proses untuk menanam anak pokok disamping menerapkan perasaan agar kanak-kanak cintakan flora dan fauna.

Terdahulu Nur Aishah di sebelah paginya telah hadir di dalam Majlis Program Penanaman 1 Juta Pokok yang lokasinya tidak jauh dengan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Guar Perahu iaitu di Kampung Titi Terus Penanti Bukit Mertajam.

Oleh Muzakkir Haron

Artikel di atas disiarkan sempena Hari Bumi Sedunia 2024.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *