’Nasib Baik Ada Yang Selamatkan Kami Lepas Bot Karam’

Pasukan bomba berjaya menyelamatkan semua mangsa bot karam terbabit dan dibawa ke pangkalan untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA, 5 MacSembilan termasuk tiga kanak-kanak selamat selepas bot nelayan yang mereka naiki karam dipukul ombak di kawasan perairan Pulau Tobo-Tobo, di sini, semalam.

Mereka yang diselamatkan Mohammad Maleh Muhammad Husin, 43, Norfidah Safri, 43, Nurul Qasibah Mohammad Maleh, 18, Justina Buglayan, 41, Hasalinah Buglayan, 37, Sahura Safri, 39.

Manakala tiga kanak-kanak iaitu Mohammad Irman Elman, 2, Nurul Wafiyyah Jasimu, 5, dan Nur Khayla Abdullah, 2.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.45 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot kevlar digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Pasukan bomba berjaya menyelamatkan semua mangsa bot karam terbabit dan dibawa ke pangkalan untuk tindakan lanjut.

“Sebaik tiba, bot nelayan karam akibat dipukul ombak dan terdapat sembilan individu diselamatkan oleh pasukan bomba dan dinaikkan ke bot kevlar bomba.

“Semua mangsa dilaporkan selamat dan seterusnya dihantar pulang ke rumah masing-masing di Pulau Sumandeh,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada 4.48 petang.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *