Nahas Bas UPSI: Permit Syarikat Bas Dibatalkan Serta-Merta – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bersama Fahmi (kiri) dan Alexander pada sidang media mingguan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 11 Jun 2025,
PUTRAJAYA, 11 Jun – Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.
Pada sidang media mingguan Kerajaan Perpaduan di sini, beliau mendedahkan pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.
“Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.

“Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan.
“Tiada peluang rayuan diberikan kepada syarikat ini manakala pembatalan permit adalah kekal dan tidak berubah,” tegasnya.
Beliau mengulas nahas yang mengorbankan 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan tidak lagi boleh meneruskan operasi mereka dalam apa jua bentuk keadaan kerana perkara tersebut dipandang serius oleh masyarakat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
