‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ Dipilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2025 – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan kabinet di Putrajaya pada 11 Jun 2025.

PUTRAJAYA, 11 Jun – ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi tahun 2025.

Perkara tersebut diumum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Tambahnya yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sambutan tahun ini akan diadakan di Pulau Pinang dengan pelbagai acara menarik sempena sambutan berkenaan.

“Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.

”Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.

”Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama,” katanya.

Penjelasan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang diumum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya pada 11 Jun 2025.

Fahmi juga memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Kabinet mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang menewaskan Vietnam 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam selepas penatian lebih 11 tahun.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberitahu, pemilik permit operasi bas yang terlibat dalam insiden kemalangan melibatkan penuntut UPSI didapati tidak menjalankan operasi sendiri, sebaliknya telah memajak permit tersebut kepada seorang individu di Kelantan dengan bayaran RM500 sebulan.

“Kementerian Pengangkutan telah membentangkan laporan siasatan awal nahas anggota FRU kepada kabinet hari ini. Esok laporan itu akan dimuat naik secara terbuka dalam sesawang MOT, ini bukan laporan muktamad,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *