MPN KEADILAN Sarawak Akan Dirombak Jika Perlu – Roland

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Roland Engan akan merombak struktur MPN jika perlu.

MIRI, 29 Mei – Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak akan dirombak jika terdapat keperluan ke arah itu dan setelah perbincangan dibuat dengan timbalan pengerusi baharu serta mendapat maklum balas semua 31 ketua cabang seluruh negeri.

Pengerusi MPN Sarawak Roland Engan memberitahu, penstrukturan semula pimpinan ini dibuat setelah presiden parti mengambil kira maklum balas daripada semua ketua cabang dari seluruh Sarawak sebelum ini demi memperkukuh KEADILAN di Sarawak.

“Agenda memperkukuhkan parti ialah keutamaan pada masa ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Roland Engan akan merombak struktur MPN jika perlu.

“Meskipun demikian, MPN Sarawak hanya akan dirombak semula sekiranya perlu setelah perbincangan dengan timbalan pengerusi baharu dan setelah mendapat maklum balas semua 31 ketua cabang seluruh Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Roland bagi pihak KEADILAN Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih parti itu kepada Senator Abun Sui Anyit yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak sejak tahun 2022.

Pada mesyuarat pimpinan pusat pada 26 Mei lalu, beliau diganti Ketua Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sarawak yang baharu.

“PKR Sarawak juga mengucapkan tahniah kepada Ahmad Nazib atas pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Sarawak yang baharu,” ujar Roland.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *