Penyingkiran Rafizi Dilihat Tepat Bagi Pulihkan KEADILAN Di Johor, WP

Selain menghidap sakit jantung dan awal tahun ini tulang belakang, kemampuan beliau membantu parti secara agresif dipersoalkan beberapa penganalisis politik seperti yang tersiar hari ini.

PENDAPAT, 29 Mei – Penyingkiran Rafizi Ramli sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor dan Wilayah Persekutuan disifatkan amat tepat kerana kegagalannya memberi nilai tambah signifikan terhadap kedua-dua negeri berkenaan.

Biarpun ada suara-suara sumbang mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), ia dilihat langkah memulihkan parti di kedua-dua negeri itu yang agak lesu kerana kesibukannya sebagai menteri pusat.

Keputusan itu juga bukan hanya berdasarkan hasrat melepaskan jawatan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada Ogos tahun lalu tetapi ia juga meletakkan posisi parti kembali kepada pemegang taruh sebenar di negeri-negeri berkenaan.

Umpamanya di Johor, beliau tidak membantu memperkuatkan parti dalam kerangka Kerajaan Perpaduan tetapi lebih membiarkan parti bergerak secara ‘solo’ dalam Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Parti Amanah Negara (Amanah).

Manakala di Wilayah Persekutuan pula, ketiadaan ‘petunjuk’ baharu bagaimana mahu memperkuatkan parti selepas kekalahan di parlimen Putrajaya ekoran ‘kesilapan’ pemilihan calon sebagai contoh, juga menjadi ‘nilai tambah’ meletakkan parti tidak bermaya.

Selain menghidap sakit jantung dan awal tahun ini tulang belakang, kemampuan beliau membantu parti secara agresif dipersoalkan beberapa penganalisis politik seperti yang tersiar hari ini.

Dengan tersingkirnya Rafizi diharap pengurusan baharu yang diketuai Datuk Azman Abidin mampu mengembalikan parti ke landasan asal selain Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak itu berpengalaman luas mentadbir Wilayah Persekutuan semasa ketiadaan menteri selama setahun.

Sementara di Johor pula, walaupun pelantikan Syed Ibrahim Syed Noh selaku ‘sekutu’ rapat Rafizi, ia ibarat ‘menyalin kulit’ namun dikhuatiri akan menyebabkan KEADILAN tidak mampu menambah kerusi parlimen sedia ada dan kerusi DUN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *