Mohamad Hanifah Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Mohamad Hanifah yang juga Adun Labu serta ketua pembangkang Dun Negeri Sembilan mengumumkan peletakan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Januari 2026.

SEREMBAN, 30 Dis – Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama turut diambil Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Januari depan.

“Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagal Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.

Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohd Hanifah mengumumkan peletakan jawatan mulai 1 Januari 2026.

“Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tata kelola organisasi PN.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang memegang amanah tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *