Faizal Azumu Ikut Jejak Sahrudin, Azmin Letak Jawatan Pengerusi PN Perak

Ahmad Faizal melepaskan jawatan Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu melepaskan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, susulan peletakan jawatan ketuanya, Muhyiddin Yassin, sebagai pengerusi gabungan.
Seperti mana Muhyiddin, perletakan jawatan Ahmad Faizal akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.
Muhyiddin memimpin PN sejak 7 Ogos 2020, ketika gabungan itu didaftarkan secara rasmi.
Krisis politik dalaman PN dipercayai berpunca daripada pergolakan politik di Perlis susulan penarikan lima Adun Bersatu dan tiga Adun Pas menyebabkan Mohd Shukri meletak jawatan pada 26 Disember lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
