Kerajaan MADANI Tak Tolak Ansur Perangi Rasuah, Kawan Atau Lawan – PM Anwar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 30 Disember 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PUTRAJAYA, 30 Dis – Kerajaan MADANI tidak akan bertolak ansur mahupun menerima sebarang ugutan, sama ada daripada kawan atau lawan, dalam ikhtiar memerangi rasuah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan akan terus bertindak tegas demi negara supaya wang yang diselamatkan dapat digunakan untuk membela nasib rakyat.

“Saya baru menghadap Yang di-Pertuan Agong dan antara tema utama dipersembahkan ialah mengenai langkah tegas kebelakangan ini serta mutakhir ini terhadap rasuah yang menular pada peringkat atasan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 30 Disember 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Saya tentunya menyampaikan maklumat terkini… menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan daripada mana-mana pihak, dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah, pertemuan dengan Anwar berlangsung bagi mempersembahkan perkembangan semasa dalam negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *