Merdeka 68: Teksi Air Percuma Terima Sambutan Luar Biasa, Tambah Keterujaan Rakyat

Orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi air yang disediakan bagi memudahkan pergerakan ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Perkhidmatan teksi air yang diperkenalkan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung pelbagai kaum yang teruja untuk hadir memeriahkan acara sambutan di Dataran Putrajaya hari ini.

Perkhidmatan yang beroperasi secara percuma bermula seawal 5 pagi hingga 2 petang itu memudahkan pergerakan pengunjung yang hadir menyaksikan acara sambutan itu sekali gus memberikan mereka peluang merasai pengalaman menaiki bot yang merentasi Tasik Putrajaya.

Muhammad Amrun Ruzali, 34, dari Semenyih, Selangor berkata beliau bersama anak-anak teruja menaiki perkhidmatan teksi air dan menyifatkan ia sebagai satu pengalaman berharga.

Orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi air yang disediakan bagi memudahkan pergerakan ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Bernama

“Kebiasaanya kami sekeluarga menaiki motosikal ke sambutan Hari Kebangsaan tetapi apabila tahun ini ada perkhidmatan teksi air, kami cuba dan ia memudahkan pergerakan.

“Anak-anak juga teruja menaiki teksi air merentasi Tasik Putrajaya pada waktu pagi,” katanya kepada Bernama.

Guru sekolah di Selangor itu berkata beliau bersama isteri Imatul Nafisa Nor Hazizan, 33, serta dua anak lelaki memang sentiasa hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau berkata perkara itu dilakukan bagi menaikkan semangat patriotik anak supaya mereka memahami erti kemerdekaan yang dikecapi Malaysia serta cintakan tanah air.

“Anak sulung berusia tujuh tahun memang teruja menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan dan perarakan badan beruniform, khususnya pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Sementara itu, Nurhana Sarkhan, 41, dari Subang Jaya, Selangor pula memuji inisiatif perkhidmatan teksi air yang selesa serta memudahkan pergerakan ke lokasi sambutan.

“Perkhidmatan ini sangat baik, saya memang enjoy (seronok) dapat naik teksi air dan ia adalah percuma,” katanya.

Orang ramai menggunakan perkhidmatan teksi air yang disediakan bagi memudahkan pergerakan ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Bernama

Mohd Nasirudin Mohd Zainudin, 37, dari Mersing, Johor pula berkata pengalaman menaiki teksi air bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan memang amat berharga kerana ia turut menyemarakkan semangat patriotisme rakyat.

“Saya cukup teruja dan ini kali pertama saya menaiki teksi air merentasi Tasik Putrajaya, perkhidmatan ini amat baik dan selamat,” katanya sambil menambah inisiatif ini wajar diteruskan pada sambutan akan datang.

Tinjauan Bernama mendapati perkhidmatan teksi air yang dimulakan seawal 5 pagi itu beroperasi mengikut jadual dan aspek keselamatan turut dititikberatkan dengan pengunjung akan memakai jaket keselamatan sepanjang perjalanan.

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika melakukan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada 29 Ogos 2025.

Pengangkutan air percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan itu disediakan di Jeti Ayer@8, Presint 8 ke Jeti Monumen, Presint 2; Jeti Marina Putrajaya, Presint 5 ke Jeti Anjung Floria, Presint 4 serta Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 menuju Jeti JAKIM, Presint 3.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *